Kelebihan SSPN-i Plus


Kelebihan SSPN-i Plus

Simpanan Dijamin Kerajaan


Kerajaan Malaysia akan menggantikan semula wang anda sekiranya organisasi SSPN-i atau PTPTN ditutup, disahkan bankrap atau mengalami kerugian. Oleh itu deposit di SSPN-i tidak lebur begitu sahaja seperti nasib yang berlaku kepada peserta Skim Cepat Kaya.

Dividen Yang Kompetitif


Pada tahun 2013 dan 2014, kadar dividen SSPN-i yang diumumkan oleh PTPTN adalah sebanyak 4.25%. Untuk tahun 2015 jumlah dividen yang diagihkan adalah sebanyak RM60.8 juta kepada semua pendeposit pada kadar 4% untuk setiap akaun yang dibuka.

Pelepasan Cukai Pendapatan


Berita baik untuk warganegara Malaysia yang membayar cukai kepada LHDN. Anda layak membuat tuntutan pelepasan Cukai LHDN dengan nilai maksima sehingga RM12,000.00 setahun.
Bagaimana boleh tuntut balik sehingga RM12k?
Anda layak untuk menuntut pelepasan:

RM6,000.00 (maksima) untuk seksyen khas Tabungan SSPN-i
RM6,000.00 (maksima) untuk seksyen takaful dibawah insuran nyawa dan KWSP

Dengan erti kata lain, deposit simpanan anda ditangung oleh Kerajaan Malaysia. Cepat Buka Akaun deposit SSPN-i Plus, tahun depan kerajaan akan cover balik duit simpanan anda.
Khairat Kematian


Caruman keatas akaun takaful memberikan manfaat Khairat Kematian sebanyak RM2,500.00 hingga RM18,000.00 mengikut pakej. Untuk makluman khairat kematian tersebut melindungi pendeposit, pasangan dan termasuk sehingga 3 orang anak.


Elaun Harian Hospital


Pendeposit SSPN-i Plus juga akan mendapat manfaat elaun harian hospital sekiranya terpaksa bermalam di mana-mana hospital. Jumlah elaun harian tersebut adalah berdasarkan pelan yang diambil meliputi RM20 sehari hingga RM200 sehari.

Manfaat Takaful


Dengan adanya manfaat takaful ini, belanja pendidikan anak dapat dilindungi dengan pampasan wang ringgit sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kepada pendeposit.

Perlindungan Sehingga RM1 JUTA


Pelan Pakej Berlian memberikan manfaat sehingga RM1,000,000.00 sekiranya berlaku kematian ke atas pendeposit.

Tidak Perlu Pemeriksaan Kesihatan


Secara umumnya bakal perserta tidak dikehendaki membuat pemeriksaan kesihatan untuk melayakkan diri untuk manfaat takaful. Walau bagaimanapun perserta dikehendaki menjawab 3 soalan untuk Pakej Berlian. Sekiranya terdapat “Ya” di antara soalan tersebut, pemohon dikehendaki memilih pakej lain.

Serendah RM30 Sebulan


Jumlah deposit minimum bulanan adalah serendah RM30 (Pakej Intan). Oleh itu dengan formula simpanan RM1 sehari, pendeposit boleh menyimpan sambil menerima manfaat takaful.

Layak Memohon Pinjaman PTPTN


Pihak PTPTN telah menetapkan syarat pembukaan akaun SSPN sebagai syarat kelayakan pinjaman pendidikan.

Cabutan WOW SSPN-i Plus


Setiap deposit RM50 melayakkan untuk satu cabutan SSPN-i Plus. Antara hadiah menarik yang ditawarkan ialah Toyota Vios TRD Sportivo, Honda Jazz, Proton Perdana dan wang tunai.

Daftar SSPN-i Plus Hari Ini dan Nikmati Kelebihan Berganda.

Oleh itu, jangan berlengah lagi. Mula menabung hari ini dan nikmati kelebihan berganda. Menabunglah untuk masa depan anak-anak anda yang tersayang.


http://bit.ly/SSPN-iPlusOnline2U

No comments:

Post a Comment